advertlets

Monday, May 30, 2011

Kadar pengangguran Jepun naik buat kali pertama dalam tempoh 6 bulan

TOKYO: Kadar pengangguran Jepun pada April meningkat buat kali pertama dalam tempoh enam bulan manakala kadar pengeluaran sektor pengilangan negara itu mencatatkan penurunan yang tidak dijangka berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Mac lalu. 

Kadar pengangguran meningkat kepada 4.7 peratus pada April berbanding 4.6 peratus ketika Mac, kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, hari ini.

Jumlah mereka yang tidak bekerja di Negara Matahari Terbit itu kini pada kadar 3.09 juta orang April lalu, berkurangan pada 300,000 awal tahun lalu, kata kementerian berkenaan.

Sementaar itu, jumlah pengeluaran sektor industri Jepun pada April lalu meningkat 1.0 peratus berbanding bulan sebelumnya iaitu lebih baik daripada penurunan terburuk 15.5 peratus pada Mac lalu. 

No comments:

Post a Comment