advertlets

Friday, June 24, 2011

Datuk T Mengaku Bersalah, Didenda RM5,500


Datuk T Mengaku Bersalah, Didenda RM5,500




KUALA LUMPUR — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan dikenakan denda masing-masing RM3,000 atau penjara 3 bulan dan RM1,500 atau penjara sebulan.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Shazryl dan Shuib dalam melakukan perkara yang sama pula dikenakan denda RM1,000 atau satu bulan penjara.
Shazryl dan Shuib didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan. Beliau diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
Hukuman diputuskan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani.
Ketiga-tiga mereka yang menggelarkan diri sebagai “Datuk T” didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.
Pendakwaan dilakukan Datuk Kamaluddin Mohd Said dan Mohammad Zakaria Hanafiah.
Sementara itu, pada perbicaraan pagi ini, terdapat hampir 200 orang berada di sekitar kompleks Mahkamah bagi menyatakan sokongan kumpulan Datuk T.

No comments:

Post a Comment